Hari ini kami akan ceritakan pula tentang kepentingan fisioterapi selepas tulang patah, iaitu selepas tulang bercantum. Seperti yang telah kami share sebelum ini, setiap individu mengambil tempoh yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor seperti usia da sebagainya.

Selalunya, apabila doktor anda sudah mula memberi kebenaran untuk anda pijak kaki sepenuhnya pada lantai (bagi patah yang melibatkan tulang kaki atau pinggul), atau apabila anda sudah mula boleh mengenakan beban pada anggota yang patah, inilah tempoh bermulanya fisioterapi tahap 2.

Pada tempoh ini, fisio anda akan mula mengajar anda untuk menguatkan anggota yang telah patah tadi. Tujuannya untuk memastikan anda boleh berdikari sendiri dalam melakukan aktiviti harian dan mendapatkan kualiti hidup seperti sebelum tulang patah. Sekiranya anda patah tulang kaki atau pinggul, senaman keseimbangan juga akan diajar kepada anda bagi mengelakkan anda daripada jatuh.

Seterusnya, sekiranya terdapat sakit atau bengkak, fisio anda akan mengawal bengkak dan sakit menggunakan teknik rawatan yang sesuai contohnya penggunaan ais, urutan atau lain-lain rawatan yang sesuai.

Selain dari itu, fisio anda juga akan berusaha untuk mengembalikan pergerakan sendi anda pada julat yang normal semula. Senaman seperti regangan dan senaman mobilisasi akan diajar kepada anda bagi tujuan ini.

Fisioterapi pada peringkat ini mungkin mengambil masa lebih dari sebulan bagi memastikan anda betul-betul telah kembali pada tahap yang memuaskan.

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang fisioterapi untuk tulang patah atau ingin mendapatkan rawatan, hubungi 011-51431517 @ 012-4594115. Anda juga boleh whatsapp kami di link ini Whatsapp Link.

*NJ Physiotherapy and Wellness menawarkan khidmat fisioterapi ke rumah pesakit di kawasan Kajang, Bangi, Putrajaya, Semenyih, Seri Kembangan, Cyberjaya, Cheras dan Bangsar.*

0 Comments