Hai semua! Hari ini kami hanya akan kongsikan tips ringkas tentang cara untuk anda bersenam secara konsisten. Haaa post kali ini sesuai untuk anda yang ada masalah untuk kekalkan habit supaya sentiasa bersenam secara konsisten.

Dalam post yang lepas, kami ada kongsikan tips 11 minit senaman setiap hari untuk anda capai matlamat bersenam sebanyak sekurang-kurangnya 75 minit seminggu (disarankan bagi golongan dewasa). Jadi, bagaimana pula sekiranya anda terlampau sibuk sampai tak ada masa untuk bersenam setiap hari?

Jawapan nya mudah sahaja. Anda boleh rancang jadual senaman anda selama sebulan. Sebagai contoh, jika anda tidak mampu untuk bersenam setiap hari, anda mungkin boleh cuba bersenam sebanyak 3 kali seminggu (25 minit sehari). Atau jika anda masih rasa susah untuk bersenam tiga kali seminggu secara konsisten, anda boleh pecahkan senaman anda dalam masa sebulan. 

Contohnya, target untuk dapat sekurang-kurangnya 12 kali senaman (30 minit satu sesi) dalam masa sebulan. Rancang untuk bersenam pada hari yang anda tidak sibuk. Ini bermakna, jadual senaman anda boleh fleksibel, bergantung kepada jadual kerja anda. Tulis siap-siap di dalam planner anda, bila hari yang anda boleh luangkan untuk bersenam. Sekurang-kurangnya dengan cara ini, anda akan konsisten bersenam setiap bulan.

Mudah bukan? Mulakan hidup sihat anda harini! 

Sekiranya anda ingin mulakan hidup sihat anda dengan bersenam, tapi anda tidak tahu senaman yang sesuai untuk anda, atau terdapat masalah otot atau sendi yang mengganggu anda untuk bersenam, jangan ragu-ragu untuk hubungi rakan fisioterapi anda, NJ Physiotherapy and Wellness untuk sesi konsultasi dan rawatan yang sesuai.

Hubungi 01151431517 atau whatsapp kami menggunakan link ini Link Whatsapp.

*NJ Physiotherapy and Wellness menawarkan khidmat fisioterapi ke rumah pesakit di kawasan Kajang, Bangi, Putrajaya, Semenyih, Seri Kembangan, Cyberjaya, Cheras dan Bangsar.*

0 Comments