TIPS SENAMAN: Kasut Sesuai Ketika Bersenam Elak Cedera
Salah satu tips bagi mengelakkan kecederaan ketika bersenam ialah dengan menggunkan kasut yang sesuai untuk aktiviti senaman anda. Jangan terlampau ambil mudah dengan kasut yang anda gunakan ketika bersenam atau bersukan.
Sebagai contoh, sekiranya anda aktif melakukan aktiviti zumba atau senaman aerobik setiap hari, pastikan tapak kasut anda tidak haus. Ini kerana, sekiranya tapak kasut anda haus dan anda melakukan aktiviti seperti melompat ketika berzumba, pastinya anda akan meletakkan tekanan yang banyak pada lutut atau buku lali anda selepas melompat untuk pastikan anda tak terjatuh.
Lama-kelamaan, lutut atau buku lali anda akan mula sakit kerana terdapat keradangan (inflammation) pada tisu lembut (soft tissues) di sekeliling lutut atau buku lali anda. Ini boleh menyumbang kepada chronic pain sekiranya sakit anda tidak diendahkan dan anda terus melakukan senaman seperti biasa dengan menggunakan kasut yang sudah haus tadi.
Jadi, untuk mengelakkan kecederaan, pastikan anda selalu periksa kasut yang anda gunakan ketika bersenam atau bersukan. Dapatkan nasihat daripada pakar tentang kasut yang sesuai untuk anda.
Namun, sekiranya selepas menukar kasut juga anda masih rasa sakit dimana-mana anggota badan selepas bersenam, anda boleh dapatkan nasihat daripada NJ Physiotherapy and Wellness, rakan fisioterapi anda. Kami akan lakukan pemeriksaan yang sesuai bagi mengetahui punca kesakitan anda selepas bersenam.
Hubungi 01151431517 atau Whatsapp kami menggunakan link ini Whatsapp Link.
*NJ Physiotherapy and Wellness menawarkan khidmat fisioterapi ke rumah pesakit di kawasan Kajang, Bangi, Putrajaya, Semenyih, Seri Kembangan, Cyberjaya, Cheras dan Bangsar.*
0 Comments