Hai semua! Harini NJ Physiotherapy and Wellness nak share satu tips yang mudah dan simple tentang senaman iaitu bagaimana nak elakkan kecederaan berlaku ketika bersenam.

Apa yang sangat penting anda praktikkan ketika bersenam ialah menjadi peka terhadap badan anda.  Nampak macam mudah tetapi mungkin ramai yang masih tidak berjaga-jaga tentang ini. 

Setiap kali anda bersenam, anda perlu betul-betul tahu apakah yang patut anda rasa ketika bersenam. Sebagai contoh, jika anda ingin lakukan senaman regangan kepada Hamstring, pastikan anda rasa 'tarikan' atau 'ketegangan' di bahagian Hamstring anda dan bukannya di otot lain. 

Atau sekiranya anda sedang buat senaman kekuatan, ianya normal untuk anda rasa lenguh di otot tersebut (menandakan anda betul-betul menyasarkan otot yang sepatutnya ketika bersenam).

Jika anda tidak peka dengan keadaan badan anda ketika bersenam, anda mungkin tidak perasan dan tidak tahu bahawa senaman yang anda lakukan adalah salah, dan seterusnya menyebabkan kecederaan ketika bersenam.

Paling bagus ialah dengan membuat nota senaman dan catatkan apa yang anda rasa ketika bersenam, dan apakah peningkatan yang anda rasakan selepas bersenam. Dengan ini, lebih senang untuk anda capai target senaman anda.

Tidak pasti apa yang patut anda rasa ketika melakukan sesuatu senaman? Jangan teragak-agak untuk dapatkan nasihat daripada fisioterapi/personal trainer anda bagi mengelakkan kecederaan ketika bersenam. 

*NJ Physiotherapy and Wellness menawarkan khidmat fisioterapi ke rumah pesakit di kawasan Kajang, Bangi, Putrajaya, Semenyih, Seri Kembangan, Cyberjaya, Cheras dan Bangsar.*

0 Comments