TIPS SENAMAN: Anda Sibuk? 11 Minit Senaman Setiap Hari Sahaja Sudah Cukup Untuk Kekal Sihat.
11 minit senaman setiap hari sebenarnya sudah cukup untuk setiap dewasa untuk kekal sihat. Tips ini sangat sesuai dipraktikkan bagi orang yang sibuk dan tiada masa untuk bersenam. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), seorang dewasa hanya memerlukan sekurang-kurang nya 75-150 minit senaman setiap minggu bagi mendapatkan manfaat kesihatan (untuk jantung, badan dan minda).
Ini bermakna anda hanya perlu bersenam sekurang-kurangnya 11 minit setiap hari. Sangat mudah bukan?
NJ Physiotherapy and Wellness sangat-sangat mementingkan kesedaran untuk bersenam bagi setiap individu kerana banyak manfaat nya sekiranya anda bersenam setiap hari.
Apakah antara manfaat yang anda dapat sekiranya bersenam setiap hari selama 11 minit?
1. Mengurangkan risiko sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
2. Menguatkan tulang, otot dan meningkatkan kebolehan paru-paru dan jantung.
3. Mengurangkan risiko jatuh dan patah tulang pinggang.
4. Membantu mengekalkan berat ideal.
Sebenarnya ada banyak lagi manfaat yang boleh kita dapat bila kita selalu bersenam. Sekiranya anda jarang bersenam dan ingin mula bersenam, anda boleh mula dengan senaman mudah seperti jogging selama 11 minit setiap hari. Tak perlu keluar ke taman, anda juga boleh lakukan senaman ini di rumah. Asalkan cukup 11 minit.
Untuk mendapatkan nasihat tentang senaman, hubungi kami melalui whatsapp . Kami boleh bantu anda untuk menjalani hidup sihat.
0 Comments