Individu yang didiagnos mempunyai sakit Kencing Manis boleh mendapatkan kadar gula normal semula dengan mengamalkan senaman dan diet sihat, menurut satu kajian.

Bagaimana senaman dan diet boleh mengurangkan kadar gula di dalam darah?

Dengan mengurangkan rintangan Insulin.

Apa dia Insulin dan bagaimana ia mengurangkan gula di dalam darah? 

Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh Pankreas. Salah satu fungsi Insulin ialah mengawal kadar gula di dalam darah dengan memindahkan gula di dalam darah ke sel-sel tisu badan untuk menghasilkan tenaga. 

Seseorang individu boleh mendapat kencing manis apabila terdapat rintangan Insulin. Rintangan Insulin bermaksud keupayaan sel-sel badan untuk bertindak balas terhadap Insulin berkurang. Bermakna, walaupun hormon Insulin mengarahkan supaya gula di dalam darah dipindahkan ke sel-sel badan, namun sel-sel badan ini tidak melakukan tugas untuk menyerap gula. Hasilnya, kadar gula di dalam darah semakin meningkat setiap kali selepas makan karbohidrat. 

Salah satu sebab rintangan Insulin berlaku ialah kerana pengumpulan lemak di dalam darah. Jadi, dengan mengamalkan diet dan senaman, lemak-lemak di dalam darah berkurang, menyebabkan tiada lagi rintangan Insulin. Sel-sel badan boleh menyerap gula di dalam darah seperti biasa dan seterusnya kadar gula di dalam darah juga berkurang.

--

Perlu diingatkan, sekiranya anda menghidap kencing manis dan ingin mula lakukan senaman dan diet, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ini kerana terdapat beberapa langkah berwaspada yang perlu diambil kira bagi pesakit kencing manis untuk melakukan senaman.

Sekiranya anda ingin mula lakukan senaman tapi tidak tahu bagaimana untuk mulakan, anda boleh hubungi kami melalui talian 011-51431517 atau whatsapp dengan menekan link ini.

NJ Physiotherapy and Wellness sangat-sangat menggalakkan setiap individu untuk mula menjalani hidup sihat tanpa mengenal usia. Mulakan langkah sihat anda hari ini. 


*NJ Physiotherapy and Wellness menawarkan khidmat fisioterapi ke rumah pesakit di kawasan Kajang, Bangi, Putrajaya, Semenyih, Seri Kembangan, Cyberjaya, Cheras dan Bangsar.*

0 Comments