Apa waktu yang paling sesuai untuk bersenam ya? Anda mungkin pernah tertanya-tanya bilakah waktu yang paling sesuai untuk anda lakukan senaman. Pagi, Petang atau Malam? 

Hari ini, NJ Physiotherapy and Wellness akan kongsikan tips waktu senaman yang sesuai untuk anda.


1. Pagi

Kebanyakan individu suka bersenam di waktu pagi dikala cuaca masih lagi sejuk dengan udara yang segar.

Senaman seawal 7 pagi boleh menukar body clock anda menjadi lebih awal, bermakna anda akan lebih cergas di waktu pagi berbanding malam. Ini sangat sesuai bagi anda yang perlu menyelesaikan banyak kerja di waktu siang.

Selain itu, senaman pagi juga meningkatkan mood anda sepanjang hari kerana badan kita menghasilkan hormon-hormon yang mengurangkan stress dan membuatkan anda gembira, walaupun anda hanya melakukan senaman mudah seperti brisk walk.

2. Petang

Bagi anda yang tidak sempat untuk bersenam pada waktu pagi, anda boleh cuba bersenam pada waktu petang selepas balik dari kerja. Pada waktu ini, selalunya anda akan lebih bertenaga untuk bersenam kerana perut telah terisi dengan makanan. Jadi, ini boleh meningkatkan lagi prestasi anda ketika bersenam.

Selain itu, kajian juga mendapati bahawa badan anda akan membakar 10% lebih lemak jika anda bersenam pada waktu petang berbanding waktu pagi dan malam.

3. Malam

Sekiranya anda sukakan senaman yang lebih relax seperti yoga, anda boleh lakukan senaman ini pada waktu malam bagi memudahkan anda untuk tidur. 

--

Jadi, waktu yang mana paling anda suka untuk bersenam? Mana-mana waktu juga boleh diluangkan untuk senaman, asalkan sesuai dengan anda. Cuba cari waktu untuk bersenam sekurang-kurang nya 11 minit setiap hari untuk badan yang lebih sihat dan cergas!

Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang senaman yang sesuai untuk anda, anda boleh hubungi kami di talian 01151431517 atau Whatsapp . Kami akan cuba untuk rancang bersama-sama anda tentang senaman yang paling sesuai untuk kondisi anda. Mulakan hidup sihat anda hari ini bersama NJ Physiotherapy and Wellness. 


*NJ Physiotherapy and Wellness menawarkan khidmat fisioterapi ke rumah pesakit di kawasan Kajang, Bangi, Putrajaya, Semenyih, Seri Kembangan, Cyberjaya, Cheras dan Bangsar.*

0 Comments