Susah Nak Tidur? Terapi Urutan Bantu Tidur Lebih Nyenyak.
Memandangkan NJ Physiotherapy and Wellness sedang mengadakan promosi urutan sepanjang Disember, kami just nak share tentang salah satu kebaikan urutan badan iaitu memberikan anda tidur yang lebih nyenyak pada waktu malam.
Tidur yang cukup adalah sangat penting bagi setiap individu untuk kesihatan dan kesejahteraan badan. Apabila anda tidak mendapat tidur yang cukup, badan akan terasa lemah dan menyebabkan prestasi kerja anda menurun, mempunyai tindak balas yang perlahan terhadap keadaan sekeliling dan seterusnya menyebabkan anda lebih berisiko untuk mendapat penyakit jangka panjang.
Kajian mendapati bahawa terapi urut boleh mengurangkan keletihan dan memperbaiki kualiti tidur pada waktu malam. Terapi urut membantu untuk anda mendapatkan "deep sleep" atau tidur nyenyak dengan lebih lama. "Deep sleep" ini merupakan tempoh pemulihan badan dimana tubuh badan anda hampir tidak ada pergerakan langsung, dan menyebabkan isyarat tentang sakit di dalam badan anda berkurang.
Terapi urutan juga meningkatkan badan kita mengeluarkan lebih banyak hormon serotonin, iaitu hormon yang sangat penting dalam pengeluaran hormon melatonin. Hormon melatonin inilah hormon utama untuk tidur.
Jadi:
Terapi Urutan → Tingkatkan Serotonin → Tingkatkan Melatonin (Hormon Tidur).
Haaa apa tunggu lagi? Jom la dapatkan promosi urutan dengan NJ Physiotherapy and Wellness bulan ini. Dengan harga RM150 untuk dua orang, anda boleh relax kan otot-otot anda, kurangkan sakit-sakit badan dan dapatkan tidur yang lebih nyenyak.
Untuk tempah slot urutan bersama kami, hubungi 011-51431517 atau whatsapp kami menggunakan link whatsapp ini Whatsapp Link.
*NJ Physiotherapy and Wellness menawarkan khidmat fisioterapi ke rumah pesakit di kawasan Kajang, Bangi, Putrajaya, Semenyih, Seri Kembangan, Cyberjaya, Cheras dan Bangsar.*
0 Comments