Terapi Manual atau "Manual Therapy" ialah sebarang jenis rawatan fisioterapi yang menggunakan teknik hands-on. Atau secara mudahnya, apabila fisio anda melakukan rawatan menggunakan sentuhan tangan secara direct untuk memanipulasi sendi atau tisu lembut (otot, ligamen, tendon), dan bukannya menggunakan mesin elektroterapi seperti TENS dan Ultrasound. 

Ada banyak jenis rawatan yang boleh dikategorikan sebagai terapi manual. Antara terapi manual yang paling popular tentulah teknik urutan. Selain dari itu, terdapat juga teknik "trigger point therapy" untuk mengurangkan kesakitan, teknik "joint mobilisation", "joint manipulation", "manual traction" dan "passive stretching" untuk menambahbaik pergerakan sendi. "Lymph drainage" juga merupakan salah satu terapi manual bagi melancarkan saluran limfa. 

Terdapat banyak lagi jenis-jenis terapi manual yang digunakan oleh fisioterapi sebenarnya. Manual terapi ini digunakan bertujuan untuk membantu pemulihan pesakit dalam sesi fisioterapi. Tidak semua jenis manual terapi adalah sesuai untuk setiap kondisi, jadi sebelum memulakan rawatan, fisio anda akan memastikan pelan rawatan dan teknik rawatan yang paling sesuai dengan anda.

Di NJ Physiotherapy and Wellness, kami sentiasa memastikan manual terapi yang diberikan adalah bersesuaian dengan kondisi anda dan tidak memudaratkan serta dilakukan secara selamat.

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang rawatan yang sesuai bagi kondisi anda, hubungi kami di talian 011-51431517 atau 012-4594115, atau whatsapp menggunakan link ini ➡️ Whatsapp Link.

*NJ Physiotherapy and Wellness menawarkan khidmat fisioterapi ke rumah pesakit di kawasan Kajang, Bangi, Putrajaya, Semenyih, Seri Kembangan, Cyberjaya, Cheras dan Bangsar.*

0 Comments