Hai semua! Hari ini kami cuma nak share tentang pentingnya rawatan fisioterapi selepas tulang patah bagi peringkat awal, iaitu dari hari pertama hingga sekurang-kurangnya minggu ke-6.

Kenapa minggu ke-6? Kerana selalunya proses penyembuhan tulang berlaku dalam masa 6 minggu. Namun, ianya mungkin berbeza bagi setiap individu bergantung kepada jenis patah, umur individu daan sebagainya. Ada juga individu yang mungkin memerlukan lebih dari 6 minggu. 

Jadi, berbalik kepada sesi fisioterapi pada peringkat awal, selalunya yang paling utama sekali adalah belajar cara menggunakan tongkat. Ini sangat penting bagi membantu anda untuk kekal bergerak untuk menguruskan diri sepanjang proses penyembuhan. 

Sewaktu belajar menggunakan tongkat, fisio anda akan memaklumkan cara untuk menyokong berat badan anda semasa menggunakan tongkat. Ini sangat penting terutamanya jika anda mengalami patah di bahagian kaki, kerana pada peringkat awal, kaki yang patah tidak boleh pijak ke lantai ketika berjalan. 

Selain itu, fisio anda juga akan bantu anda untuk menguatkan otot di bahagian yang tidak patah. Tujuannya bagi menyokong bahagian yang patah, memandangkan bahagian patah tidak boleh dikenakan apa-apa beban pada peringkat awal.

Esok kami akan share pula tentang kepentingan fisioterapi pada peringkat seterusnya untuk tulang patah. Follow kami sekiranya anda ingin terus dapatkan informasi berkaitan rawatan fisioterapi.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang apa-apa berkenaan fisioterapi, anda boleh hubungi kami di talian 011-51431517 atau whatsapp Whatsapp Link.

0 Comments