Anda ada sakit belakang yang terlampau hingga mengganggu aktiviti harian? Jangan takut dan segera dapatkan nasihat doktor atau fisioterapi untuk mengurangkan sakit belakang anda.

Kebanyakan pesakit yang mengalami sakit belakang secara tiba-tiba akan menjadi sedikit takut dan keliru tentang langkah yang perlu diambil untuk mengatasi sakit belakang. Ada yang terus mengeraskan badan untuk mengurangkan pergerakan tulang belakang -- bagi mereka dengan cara tersebut, sakit belakang dapat dikurangkan.

Tapi betul ke semakin kurang pergerakan semakin cepat sakit belakang anda sembuh?

Haa salah sebenarnya tanggapan tu. Pergerakan yang betul dan selamat adalah sangat penting untuk pulih dari sakit belakang.

Sekiranya anda tidak pasti bagaimana untuk melakukan pergerakan yang betul dan selamat untuk sakit belakang anda, dapatkan khidmat rawatan daripada fisioterapi terlatih.

Dalam sesi rawatan sakit belakang, fisioterapi anda akan bertanggungjawab memastikan anda tahu cara pergerakan yang sesuai dan selamat untuk kondisi anda. Selain itu, fisioterapi anda juga mungkin akan melakukan beberapa rawatan lain yang sesuai bagi mengurangkan kesakitan anda seperti 'soft tissue release', atau penggunaan mesin elektroterapi untuk merelaxkan otot anda yang tegang disebabkan sakit belakang anda. 

Untuk tempah slot rawatan sakit belakang bersama kami, hubungi 011-51431517 atau whatsapp kami menggunakan link whatsapp ini Whatsapp Link

*NJ Physiotherapy and Wellness menawarkan khidmat fisioterapi ke rumah pesakit di kawasan Kajang, Bangi, Putrajaya, Semenyih, Seri Kembangan, Cyberjaya, Cheras dan Bangsar.*

0 Comments